Bingkisan Aidilfitri

InsyaAllah esok semua umat islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, begitu pantas masa berlalu rasa seperti baru semalam kita semua berpuasa. Entah kenapa saya lebih merasa sedih untuk meninggalkan bulan ramadhan berbanding untuk meraikan hari lebaran seperti tahun2 lalu. Seumur hidup baru kali ini saya benar2 merasai nikmat bulan ramadhan dan tahun ini juga merupakan tahun yang paling banyak saya berkunjung ke masjid untuk berterawih, hampir setiap malam mengunjungi rumah Allah terasa sayu dihati kerana jarang sekali saya dapat melakukannya dibulan2 lain. Bulan ramadhan inilah kita berlumba2 untuk mendapat pahala & keberkatan dari Allah s.w.t dan mungkin kerana itu apabila ramadhan hampir berlabuh hati saya terasa begitu sayu...masih adakah kesempatan untuk kita meraikannnya dimasa2 akan datang?

Tahun ni saya sekeluarga akan beraya di Ipoh & akan beraya di Grik pada petang raya setelah sekian lama tidak pulang kesana. Sejak arwah atuk pergi syawal sudah tidak seperti dahulu lagi. Dikesempatan yang ada saya akan berkunjung ke pusara arwah, rupanya sudah 3 tahun saya tidak kesana. Kalau dulu sejak awal lagi arwah atuk akan buat segala macam persiapan dari membeli barang keperluan dipasar tani sehinggalah memasang panjut kerana terlalu seronok meraikan kepulangan anak cucu ke kampung! Betapa meriahnya hari raya sewaktu arwah atuk ada bersama, setiap kali selesai solat aidilfitri arwah atuk akan kembali ke rumah bersama segerombolan teman2 masjidnya untuk beraya bersama, selepas itu mereka akan menunggang motorsikal untuk beraya di rumah teman2 yang berdekatan, hmmm macam orang muda lagaknya mengelilingi kampung! Arwah atuk seorang yang bergaya, kalau berbaju melayu mesti siap lengkap dengan songkok & sampin, baju mesti berwarna ceria sebab katanya hanya orang tua2 saja yang pakai warna kusam! Memang arwah atuk mahu sentiasa kelihatan muda & bergaya sejak dulu. Saya pasti semua penduduk disitu mengenali arwah, makanya tiada anak cucu yang berani buat jahat demi menjaga maruah & nama Haji Bahrain. InsyaAllah saya akan mengunjungi pusara arwah & akan membacakan surah yassin serta mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman kerana itu sahaja yang dapat saya berikan & barangkali tidak mampu dibalas oleh saya dengan pengorbanan arwah yang menjaga saya dahulu. Kenangan bersama arwah atuk akan terus terpahat dihati & sanubari saya.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua teman2 diseluruh pelusuk dunia, mohon ampun & maaf jika ada salah & silap, terlanjur kata, terkasar bahasa sehingga terguris & berbekas dihati kalian mohon ampun & maaf. Semoga kita dapat meraikan syawal dengan penuh kesyukuran & dapat bersama2 meraikan ramadhan lagi ditahun depan, insyaAllah.

SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.