Perjumpaan Kawan2

Sebelum berangkat pergi saya dah berjanji untuk berjumpa dengan rakan2 baik saya iaitu Ila & Aja, meskipun disaat2 akhir kerja di office semakin banyak tapi janji harus ditunaikan. Bersusah payah mereka datang ke tempat saya semata2 untuk makan tengahari bersama, maklumlah orang yang berumahtangga ni susah nak buat temu janji pada hujung minggu.

Kami bertiga berkawan baik sejak dari zaman ID lagi bahkan kami pernah tinggal serumah & sebilik pun sewaktu belajar di Taman Melawati dulu. Bila diungkitkan kembali nostalgia lama rasa bodoh pun ada bila masing2 bercerita perihal lelaki yang pernah bersama kami dulu, hmmmm dah menjadi sejarah pun....sejarah yang tak perlu dikenang lagi.

Ila memang teman yang kerap saya jumpa bahkan anak2nya pun sangat senang dengan saya, sampaikan Ila pernah berkata kalau susah sangat nak bertemu jodoh beliau sanggup bermadu dengan saya, hahaha...itulah perkara paling lawak bagi saya, mana mungkin saya 'belot' pada teman sendiri. Ila & saya berkongsi rahsia yang sama, mungkin kerana itu dia lebih memahami saya, hanya Ila saja teman yang tahu apa yang saya rahsiakan selama ini.
Bila dah berjumpa tentu sekali tidak lengkap tanpa sessi makan2, bila dapat makan ditambah dengan gossip sana sini makin meriahlah perjumpaan kami sampaikan saya telah 'terbabas' waktu makan tengahari yang sepatutnya sejam telah menjadi hingga 2 jam lebih.

Tak mengapalah sebab bukan senang nak jumpa dengan mereka meskipun masing2 tinggal di KL. Dek kerana tak puas dengan perjumpaan tengahari kami sambung pula ke sebelah petang, kesian mereka yang sanggup menunggu sehingga saya habis waktu kerja. Beginilah nasib bila kita makan gaji dengan orang! Macam mereka berdua senanglah sebab masing2 punya bisnes sendiri.

Terima kasih teman2 kerana sudi bertemu saya, jika boleh semestinya saya ingin bertemu dengan kalian semua sebelum berangkat pergi tapi apakan daya waktu semakin suntuk. Buat teman2 yang telah membuat temujanji disaat akhir mohon kemaafan jika tidak dapat memenuhinya kerana saya harus membuat pelbagai persiapan sepanjang hujung minggu ni. InsyaAllah kita akan bertemu lagi sekembalinya saya ke tanahair nanti. Doakan moga dipermudahkan perjalanan saya disana nanti.Wassalam.
Nota : tiba2 rasa terharu apabila dapat bermaafan & berpelukan dengan mereka.

Selamat Hari Jadi Mak Bonda!

Hari ahad lepas bersamaan 16hb may adalah hari jadi mak bonda, kebetulan anak2 semua balik ke Ipoh jadi dapatlah berkumpul beramai2 meraikan hari jadi mak bonda.

Bukan selalu dapat meraikan hari jadi bersama sebab selalu saja tak cukup ahli jemaah, tapi tahun ni semua balik tersangatlah 'happy'nya mak bonda :-)

Budak 2 ketul kekurangan ahli jemaah...satu ketul lagi sudah merajuk pulak.

Pengantin veteran...heheeee.....susah nak tengok macam ni selalu sebab ayahanda ni pemalu sikit :-)

Selamat hari jadi mak bonda, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur & dirahmati oleh-Nya insyaAllah...walau saya selalu tidak sependapat dengan mak bonda dalam beberapa perkara tapi mak bonda lebih mengenali akan karenah anaknya...semoga perjalanan kita ke sana nanti dipermudahkan oleh-Nya, insyaAllah...saya sayangkan mak bonda. Terima kasih kerana memahami & sentiasa mendoakan untuk saya...doa seorang ibu adalah yang paling mujarab sekali :-)
Nota : ucapan terima kasih buat teman2 yang telah memberi ucapan buat mak bonda di FB, mak bonda sangat terharu membacanya...terima kasih sekali lagi :-)

Hantu...!!!!

Kalau boleh dikategorikan makhluk yang paling ramai pernah menjadi rakan karib saya barangkali golongan hantu lah yang paling ramai sekali. Sejak dari zaman persekolahan sampai sekarang memang hantu sangat suka 'berkawan' dengan saya. Wahai hantu2 apalah keistimewaanku sampai kalian suka sangat nak berkawan denganku hah!

Beberapa tahun kebelakangan ni saya asyik berubat disana sini sebab nak 'hambat' hantu2 ni daripada berterusan menjadi 'rakan karib' saya. Daripada hantu2 sesat yang suka nak berkawan, hantu2 yang dihantar dek boyfriend lama yang saya sendiri pun tak tahu gerangan yang mana satu sampailah 'hantu' yang dihantar oleh kawan sendiri, saya sendiri pun dah tak tahu berapa banyak yang pernah 'singgah' selama saya hidup.

Setiap kali berpindah randah rasanya beberapa bulan pertama je saya dapat hidup aman damai lepas tu memanglah kena kacau balik! Kebelakangan ni pun memang saya kerap pulang lewat kadangkala sampai ke jam 4 pagi baru tiba di rumah, jadi memang tak sangka yang 'hantu' ni akan ikut sekali memandangkan saya pulang selepas jam 1 pagi. Orang kata kalau jam 12 - 1 pagi tu memang time dia bersuka ria lah kan, rupanya balik awal subuh pun dia tengah bersuka ria juga, huh!

Hari sabtu lepas alang2 Abg Rashid datang ke rumah lebih baik saya minta dia tengok2 kan sebab dah beberapa kali saya melihat ada kelibat didalam rumah saya. Nak kata takut memang tiada perasaan takut langsung waktu tu, sewaktu diberitahu ada hantu datang 'bertenggek' dirumah pun saya tidak takut langsung, tapi bila pulang dari Ipoh dalam keadaan hujan lebat tengah malam semalam tiba2 timbul pula perasaan takut, tambahan pula bila mendapat tahu dibahagian mana dia 'bertenggek'! Sudahnya saya nyalakan segala lampu & radio untuk menghilangkan rasa takut selain 'memagari' diri sebelum tidur dengan surah Al Fatihah & 3 Qul. Sudahnya bangun pagi dengan kepala biol dek kerana tak dapat tidur dengan puas, kejap2 terjaga, mata pula melilau ke sana ke mari. Haram punya hantu!!!

Dalam banyak2 hantu yang datang 'berkawan', paling saya tak percaya bila orang yang saya kenali sanggup 'membomohkan' saya. Nak percaya ke tak percaya ke memang itulah realitinya. Saya punya bukti yang jelas lagi nyata tapi biarlah saya saja yang tahu sebab bila bercerita pun mati2 orang tak nak percaya, silap haribulan orang kata saya bermulut jahat, tapi sejak dari tu saya sentiasa mengelakkan diri darinya untuk terus datang ke rumah saya. Walau tiada siapa pun yang mahu mempercayainya tapi Allah itu Maha Adil, lihatlah hidup siapakah yang lebih merana sekarang? Bertaubatlah wahai kawan......

Nampak gayanya malam ni berseorangan lagi lah saya, memang saya tinggal sorang2 pun cumanya hari tu Bancik kerap datang kerumah sekurang2nya ada juga peneman. Tak mengapalah selagi si hantu tak mengganggu biarkan saja dia bertenggek disitu. Kalau rajin sangat kau tolonglah kemaskan rumah atau apa yang patut wahai hantu, tidak lah duduk bertenggek free je kat rumah tu! Banyak cantik!!!!!!!

Nota : kalau dikumpulkan hantu2 yang lepas barangkali boleh buka 'kelab hantu'!

Aktiviti Hujung Minggu

BBQ - TTDI

Sepanjang hari sabtu lepas aktiviti saya hanyalah makan & makan sampai pengsan! Siang hari harus menghadiri birthday party untuk Ryan, malam pula berkumpul untuk BBQ sempena kedatangan kak chik dari JB.

Menu untuk BBQ semestinya western foods! Masing2 membawa masakan sendiri kira mcm pot luck lah sebab tuan rumah cuma dapat menyediakan lasagna dek kerana perlu berkejar ke majlis perkahwinan di Dewan Felda.

Sejak kebelakangan ni memang kami kerap berkumpul, boleh dikatakan hampir setiap malam minggu kami berjumpa, seronok sangat tambahan bila dapat tahu kak chik akan ke KL, apa lagi makin meriahlah malam minggu kami.

Saya & kak chik memang rapat dari kecil tapi sejak arwah mak nyah meninggal kami mula terputus hubungan, kalau jumpa pun hanya sekali sekala. Kali terakhir berjumpa dengan kak chik adalah 2 tahun lepas sewaktu mereka semua beraya dirumah Ipoh.

Bila dah lama tak berjumpa macam2 topik yang kami bualkan termasuk cerita dari zaman kanak2 dulu. Rasanya malam tu lah yang paling seronok sekali bila dapat berkumpul begini. Niat kami untuk merapatkan kembali hubungan yang pernah terputus dahulu. Pada saya walau seramai mana pun teman atau sahabat yang kita ada dalam dunia akhirnya nanti kita akan kembali pada ahli keluarga kita juga.

Sekarang saya tidak lagi terasa sunyi sebab saban minggu ada saja aktiviti yang kami lakukan bersama. Berkongsi cerita, berhibur, ketawa mahupun menangis bersama bahkan menasihati antara satu sama lain, tidak kira yang tua atau muda segalanya kami kongsikan bersama. Terima kasih atas segala nasihat kalian.

Terima kasih kakak2 & adik2ku sekalian kerana sentiasa ada bersama & sudi berkongsi kisah hidup masing2. Kalian semua memang best!!!!!

Aaryan's 1st Birthday Party
Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya umur Ryan! Cepat sungguh masa berlalu...Happy Birthday RYAN! :-D

Birthday Cake yang berwarna warni, sesuai dengan theme. Bab2 ni Ina memang hebat! Kalau nak buat sesuatu yang diluar jangkaan kita sekalipun boleh minta dia usulkan, mesti keluar idea2 yang bagus!


Birthday boy yang baru nak mula belajar berjalan :-)


Rania pun dah semakin besar...sungguh comel dengan baju warna warninya tu. Password untuk Rania ialah 'KLCC'. Pantang disebut KLCC dia akan segera berpaling mencari2 bangunan KLCC :-)

Amy seperti biasa sentiasa saja happy & meng'happy'kan diri.

Ina si hot mummy, tak tahulah apa petua yang dia amalkan sampai badannya kembali langsing seperti asal! Jeles tau!!!!!! Tiada siapa yang percaya dia beranak satu! Best tu :-)

Kesimpulannya kedua2 event menyediakan makanan yang sedap lagi enak. Memang berbaloilah rasanya kesana kemari sepanjang hari sabtu tu! Tapi macam biasalah bila dah terlebih makan keesokkannya terpaksa berumahtangga di gym pula...alahaiii nasib lahhhh :-(
Nota : nak buat macamana kan dah aktiviti makan yang paling seronok selain dari bershopping!

Gym?

Lama dah tak cerita pasal aktiviti kat gym kan! Macamana nak cerita sebab sekarang ni dah jarang2 pergi sana sebab asyik balik lewat. Dari awal tahun sampai pertengahan tahun selalunya macam ni lah, jadi kalau dapat pergi sekali dua dalam seminggu pun dah kira okey, kalau tak nanti rugi pula membayar setiap bulan.

Bila dah jarang2 pergi ni badan pun dah naik balik, menyampah betul! Nak turun punyalah susah tapi nak naik bukan main lagi, takde bagi salam pun tau2 mesin penimbang tiba2 dah jadi berat! huh! Sekarang ni terpaksa berdiet balik, tak boleh jadi ni kalau asyik dilayan perut ni alamatnya tak berjahitlah kain2 pasang yang berenda2 atau segala jenis lace tu. Bila dah tua2 ni hormon pun jadi tak betul, muda2 dulu seronoklah makan banyak pun badan maintain kurus. Sekarang ni rasa menyesal pulak tak jaga betul2. Bila tengok kawan2 sekolah dulu masih maintain body walaupun anak dah besar panjang rasa malu pun ada. Tetiba terasa lak 'patutlah takde orang nak dah badan pun besar gedabak'! hahaha

Minggu lepas bertukar angin pulak, asyik pergi gym yang sama rasa boring gak kan. Seronok juga dapat pergi ke Fitness First di The Curve, suasana pun terasa lain..bestnya. Nampak gayanya kena selalu tukar lokasi supaya tak cepat boring. Memandangkan saya telah mendapat 'First Club Card' kini saya boleh membawa salah seorang teman bersama, kebetulan minggu lepas Bancik ada di KL jadi adalah peneman & semangat sikit untuk ke Gym. Sekarang ni nak duduk lama2 kat gym pun dah malas tapi setiap kali pergi saya akan memperuntukkan sekurang2nya 1 1/2 - 2 jam sehari, barulah berbaloi! Malas macamana sekalipun pergi tetap pergi!

Nota : hari minggu ni di The Curve lagi lah jawabnya...yeay!

Terharu

Apabila teman2 lama menemui saya di laman facebook rasa terharu sangat kerana bersusah payah mencari nama saya sedangkan nama penuh mereka saya tidak berapa nak ingat...huh! Tapi bila dah 'bertemu' macam2lah soalan yang bersarang dihati masing2, paling tak kuasa nak layan memang soalan yang satu tu lah! Tapi dalam ramai kawan2 yang menemui saya memang saya terharu sangat bila ada yang sanggup berkongsi kisah sedihnya walaupun hanya dialam maya. Rupanya selama bertahun2 tidak berjumpa pelbagai kisah suka duka yang ditanggung olehnya, waktu begini memang saya rasa paling bersyukur sekali sebab tak perlu melalui asam garam hidup berumahtangga! Saya terharu kerana beliau mempercayai saya untuk berkongsi kisahnya dulu.

Sejak mengenali beliau dari bangku sekolah apa yang boleh saya katakan tentangnya ialah beliau merupakan seorang pendengar yang setia & baik. Selama saya berkongsi cerita dengannya belum pernah sekalipun beliau menjentik hati saya apatah lagi melukakan hati saya dengan kata2 yang tidak enak didengar, itu yang saya suka! Setiap kali bercerita memang beliau akan memberi tumpuan 100% walaupun kadang2 kami cuma berbual cerita2 yang bodoh sekalipun tapi beliau akan mendengar dengan baik, itu satu sikap beliau yang saya suka. Apabila tamat persekolahan saya masih menghubungi beliau & sejak dulu bila kami mula bercerita memang tak pernah sekejap, dah menjadi kebiasaan kalau bil telefon melambung tinggi bulan tu...tak mengapalah asalkan masing2 dapat meluahkan isi hati yang terbuku dihati. Apabila beliau berumahtangga kami pula terputus hubungan, tapi saya gembira dapat meraikan hari bahagianya waktu tu. Sayang sekali rumahtangga yang dibina tidak kekal lama. Sewaktu mendapat tahu beliau telah berpisah dengan suaminya beberapa tahun lalu saya turut bersimpati tetapi tidak tahu bagaimana mahu menghubunginya. Alhamdulillah akhirnya dia kembali menemui saya dilaman facebook dan kami terus berhubung sehingga kini.

Sebagai seorang teman yang pernah rapat dengan saya tentu sekali saya bersimpati dengan kehidupan beliau sekarang. Kalaulah saya mampu menemaninya setiap hari dah lama saya buat! Tapi apakan daya jarak kami agak jauh jadi terpaksa berkongsi cerita dialam maya sajalah. Saya hanya dapat mendoakan agar beliau tabah melalui kehidupan ni bersama anak2 & ahli keluarga yang lain. Setiap apa yang kita rancangkan dulu tidak semuanya akan menjadi, apapun ini dugaan dari Allah taala untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. Ini mungkin bahagian dia, bahagian saya nanti tidak tahu lagi bagaimana. Wahai teman, insyaAllah suatu hari nanti kita akan bertemu juga, waktu tu kita akan bercerita dengan panjang lebar akan kehidupan masing2.

Nota : terima kasih kerana mempercayai saya & terima kasih kerana pernah menjadi pendengar setia saya dahulu, semoga persahabatan kita akan kekal hingga akhir hayat, insyaAllah :-)